Tips Buat Duit Online
Kali ni saya nak berkongsi sedikit tips mengenai cara buat duit online. Saya akan share cara-cara yang agak senang untuk boleh dipraktikkan berdasarkana pembacaan saya.
Untuk buat duit secara online ni, pelbagai sumber kita boleh perolehi. Tak kira dari sumber berbayar atau pun sumber percuma.
ILMU BUAT DUIT ONLINE
Nak dapatkan ilmu untuk buat duit secara online ni tak susah sebenarnya. Apa yang susah adalah untuk mempraktikkannya.
Ilmu Berbayar
Bagi yang tidak kisah berbelanja untuk mendapatkan ilmu, berikut antara sumber yang boleh dijadikan panduan dalam mencari ilmu untuk menambah duit secara online ni.
E-book
Jika ingin dapatkan secara berbayar, boleh sahaja download pelbagai e-book yang terdapat di pasaran.
Buku
Jika rasakan membaca e-book ni tak'puas', beli sahaja buku 'fizikal' yang sememangnya banyak dijual di kedai-kedai buku.Tetapi di kedai-kedai buku, mungkin pilihan agak terhad. Apabila pergi ke Pesta Buku Kuala Lumpur, di situ pilihan lebih banyak dan kita boleh jumpa pelbagai buku yang menceritakan mengenai 'duit online' ni dari pelbagai penulis.
Kursus / Seminar
Tak cukup dengan buku-buku (termasuk e-book), boleh juga menimba ilmu dengan menghadiri kursus-kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Sesetengah pengajur atau penceramah, mereka juga menerbitkan buku berkaitan yang sama. Dah beli buku (dan ebook), apa kata timba pula ilmu terus dari mereka.
Dan kebiasaannya, kursus dan seminar asas diberikan secara percuma atau pada harga yang cukup murah. Untuk mendapatkan ilmu yang lebih advance atau tips-tips 'hots' tertentu, baru peserta dikehendaki membayar harga yang lebih mahal.
TETAPI, awas.... ada sesetengah kursus yang ditawarkan tidak sepadan dengan harga yang dikenakan.
Ilmu Percuma
Saya.... saya cari ilmu percuma sahaja. Untuk ilmu percuma, kita perlu lebih rajin dan kreatif. Berikut sumber ilmu yang biasanya saya perolehi.
E-Book Ada sesetengan e-book, boleh didapati secara percuma. Cuma agak terhad info yang dikongsikan. Perlu baca dari pelbagai e-book untuk dapatkan lebih banyak info.
Subscribe Email Ada juga tips-tips berkaitan buat duit online boleh diperolehi secara kita subscribe email dari ikon-ikon yang telah Berjaya. Biasanya mereka akan kongsikan tips-tips kepada email subscriber mereka. Antara ikon-ikon yang saya subscribe adalah dari Azizi Ali, Irfan Khairi dan beberapa nama lagi.
Dapatkan E -Book
Buku di Perpustakaan
Sebenarnya di perpustakaan awam banyak juga buku-buku seperti ini. Macam saya, tahun lepas sahaja pernah pinjam beberapa buku dari perpustakaan awam (Selangor). Sambil bawa anak-anak ke library, apa salahnya kita juga cari bahan bacaan untuk diri kita sendiri.
Tips : Perpustakaan Awam agak jarang dikunjungi oleh rakyat Malaysia, dan buku-bukuilmiah seperti ini amatlah jarang dipinjam oleh pembaca. Nak pinjam 2-3 minggu buku-buku ni tak ada masalah, lepas tu sambung lagi pinjam sampai khatam baca!
Kursus / Seminar
Seperti yang saya beritahu tadi, terdapat juga kursus-kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta berkiatan perkara ini. Cuma kita perlu rajin follow Page Pages Facebook yang lebih bermanfaat untuk dapatkan info seperti ini dari follow PAGE-PAGE FACEBOOK yang lebih banyak mengarut dan membuat masa.
Okey... Cukup dulu untuk permulaan.
Entry berikutnya nanti saya kongsikan 20 Cara Untuk Buat Online.
Dan sekarang saya sedang baca 'e-book' 60 cara buat duit online. Saya konsgikan 20 dulu, ada masa nanti saya kongsikan yang selebihnya apabila saya dah khatam buku tersebut dan faham. Dah faham, baru boleh kongsikan.
Mat Drat @IlmuDuitOnline
Comments
Post a Comment